Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.
II)PENGARUH RAKAN SEBAYA
Golongon remaja biasanya lebih muda meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaannya golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam sekumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
iii)SIKAP APATI/ INDIVIDUALISTIK/MATERIALISTIK
Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat.Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.Menurut kajian,masalah vandalisme banyak berlaku di kawasan bandar.Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal.Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.Oleh itu,remaja merasakan dirinya bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan tanggungjawab terhadap harta benda awam.
IV)IBU BAPA DAN KELUARGA
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.Contohnya,ketika memandu ibu bapa membuang sampah di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan merupakan faktor utama remaja terjebak dalam gejala negatif ini.